macam yang kita tau, budu ni memang tak asing dengan pantai timur'ians. famous gak dgn geng-geng dari negeri lain...termasuk aku skali..
nak buat budu ni simple, tapi tak semua orang tau atau saja tak mau tau, sebab proses dia horror sikit..budu dibuat dari ikan-ikan kecik yang terlekat kat jala atau ikan yang nak busuk atau rosak,kadang- kadang ikan bilis yang tak glamour nak buat kering pun dicampoq skali. pastu buh garam secukup rasa sebagai ramuan utama, peram dalam tempayan atau kolah..tapi aku rasa ada jugak mangkuk ayun yg peram dalam timba plastik atau tong cat. bekas-bekas budu ni dicover dgn daun nyoq dan dibiaq kat tepi pantai..tak leh letak kat rumah, kurang vogue dan bau nya boleh menggugat jiwa.. memang selekeh, kalau ada makhluk yang hyper melompat, terlebih lompat boleh terus masuk dlm kolah budu. kalau hujan tak yah cerita la! pendek kata ramuan budu yang real adalah ikan,garam dan lain-lain mahkluk tuhan yang tak dapat dikesan. aku rasa, tu yang buat budu ni sedap kot...kalau ditambah cabai melaka bagi pedas, buh tempoyak secubit,perah asam limau sikit, perrrhhhhhh poweeerr, makan dgn ikan bakarr, ulam petai dan daging bakaq!
ada orang kata budu kaya dengan zat besi dan protein yang bersumberkan ikan bilis, kebaikan yang boleh diketengahkan dalam buku resepi martha stewart. of course, kuman yang pelbagai fahaman dalam budu tidak boleh diwar-warkan dlm buku resepi tersebut..line kena cover jugak... selain kaya dengan zat besi etc..ada juga kepercayaan makan budu boleh terrer matematik. ada pulak yang kata makan budu boleh buat lidah jadi keras untuk speaking, bunyi dia ada slang budu..bagi peminat budu tegar, kualiti budu ni perfect macam parti BUDU.
parti BUDU adalah serpihan dari gabungan parti utama pemerintah. depa yang terbuang atau tak ngam ni keluar dari gabungan pasai berbeza dari segi prinsip perjuangan. parti pemerintah dengan perjuangan bangsa dan ketuanannya manakala parti BUDU dengan nilai keagamaannya. depa yang terbuang ni bersatu dan berkumpui umpama ikan terbuang atau un-glam bilis yang akan menjadi budu. jika ramuan utama budu ialah garam manakala ramuan utama parti BUDU ialah agama. BUDU telah menjadi satu parti politik yang berjenama agama umpama budu asli cap tempayan hijau. bila sekali makan budu cap tempayan ini,dah jadi ketagih dan semakin sedap dan lazat.
orang yang tidak makan budu umpama orang parti lain ,cakap la berbuih mulut pun pasai keburukan budu ,kotor ka, makruh ka, depa tak kan berjaya menghalang pemakan tegar budu untuk terus makan budu dan menikmati kelazatan budu. orang parti BUDU boleh keluaqkan fatwa budu baik untuk jiwa, atau bagi pahala kat depa yang makan budu..mungkin masuk syurga kot....
kemasukan geng-geng lebai-de-erdogan kedalam parti BUDU umpama berlakunya inovasi pada konsep budu itu sendiri,jadi tidak hairanlah sekarang ini bila kita makan di restoran-restoran terkenal pun ada bau budu jugak kerana budu la ni sudah boleh digoreng atau dimasak dalam apa resepi pun dan sekarang ni pun dah ada menu 'nasi goreng budu' antara-bangsa..
kemasukan parti BUDU kedalam PR umpama masuknya budu bersama cencaluk atau belacan yang asalnya dari udang, bukan dari ikan.walaupun penggemar budu tegar tidak merestui masuknya cencaluk atau belacan bergaul skali dengan budu dalam satu bekas kerana takut hilangnya keaslian budu, namun pemilik restoran merangkap 'mr know it all' penasihat PR tetap mahukan pembaharuan itu supaya orang lebih ramai mengenali budu, cencaluk atau belacan katanya, padahai dia saja buat macam tu supaya dia mendapat untung lumayan dalam masa yang singkat,dia bijak buat marketing dengan memperkenalkan menu baru di restorannya iaitu budu campur cencaluk dan belacan yang digelar BU-CA-CAN. restorannya dibuka kepada semua kaum...bak kata parpu kari, sama rata, sama rasa, depan belakang sama saja. makan secara layan diri, boleh buat macam rumah sendiri. sendiri makan sendiri basuh pinggan,pecah pinggan sendiri tanggung. boleh makan siang malam. keistimewaan penggemar budu tegar tidak dihiraukan malahan kalau boleh harus dihapuskan terus jika dia berjaya menjadi tauke besar restoran yang berpengaruh nanti.
apapun alasan depa, parti BUDU atau para graduan jangoat pengusaha budu mesti keluar dari gabungan PR BU-CA-CAN demi memelihara keaslian dan martabat peminat budu tegar.Jika dibiarkan budu dengan nama BU-CA-CAN,takut nantinya peminat tegar budu asli mula mencari alternatif lain seperti cuka atau sos tiram untuk dimakan bersama ulam. Jangan menidakkan kesetiaan peminat budu tegar...sedaq la, depa yang suka budu yang tak original ni adalah depa yang tidak ada pendirian dan bukan peminat budu sebenar...depa hanya pemilik-pemilik restoran yang nak kaut untung dalam masa yg singkat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pedih tapi benar
ReplyDelete